Bintang program realiti Akademi Fantasia iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma, 27, sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, Sabtu.
