SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label Tun Dr. Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Dr. Mahathir. Show all posts

Kisah Benar : Bila Tun Dr. Mahathir Mohammad "Shopping"

Kisah Tun Mahathir di Shopping Complex

Pada tahun 1997, saya beratur di belakang tun Mahathir masa dia beli barang di Xtra mines shopping fair. Tun beli roti, buah then barang2 lain. Masa nak bayar, boss besar xtra turun dari opis and cakap tun tak oayah bayar. Selamba tun cakap, "Kalau saya dapat semua free, macam mana awak nak untung? Its okay, saya bayar" terketar2 cashier tu terima duit.

Guard Xtra n mines kelam kabut cover kawasan sebab dia datang mengejut naik suzuki vitara buruk yg dia biasa drive kalau dia sorang diri.

Once, dia tun M pergi alamanda. Semua nak salam n bergambar. Sampai tun buat joke, "macam ni mcm mana saya boleh shopping?"
Pengalaman ini dikongsikan oleh Muhammad Hafidz Bzz Ajis

Media la penyebab filem seram popular

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) secara tidak langsung menurut Presidennya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba menyifatkan sokongan media massa terhadap filem-filem seram menyebabkan berlakunya lambakan filem genre itu sejak akhir-akhir ini.

PFM Salahkan Media Massa Punca Filem Seram Popular
“Antara sebab yang menyumbang kepada lambakan filem seram adalah kerana media massa terutama wartawan lebih tertumpu dalam memberi publisiti kepada filem-filem seram. Misalnya, kalau ada pratonton filem-filem seram diadakan maka ramai yang datang memberi publisiti.
“Sayangnya, tidak ramai wartawan yang memberi sokongan atau publisiti terhadap filem-filem genre lain terutamanya dalam genre seperti kenegaraan mahupun drama berat. Senario secara tidak langsung mempengaruhi para penonton menonton filem-filem seram,” komennya serius.
Shuhaimi memberi komennya itu sewaktu sidang akhbar PFM yang mengulas tentang komen banyak pihak termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang menyifatkan lambakan filem-filem seram boleh memberi kesan negatif kepada para penonton baru-baru ini.
Jelasnya, dalam hal itu adalah tidak adil menyalahkan para penerbit filem tempatan semata-mata kerana lambakan filem-filem seram di pawagam sekarang ini turut terdiri daripada filem-filem import termasuklah dari Hollywood, Thailand, Korea, Jepun dan Hong Kong.
“Kalau diikutkan jumlah filem seram tempatan yang akan atau telah ditayangkan sepanjang tahun ini tidak sampai 10 buah filem daripada hampir 42 buah filem. Sementara bakinya adalah filem-filem genre lain. Ini membuktikan tidak berlaku lambakan filem seram tempatan.
“Pada masa sama stesen televisyen turut menayangkan cerita-cerita seram. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana ia medium yang berbeza dan golongan penerbitnya pula di bawah persatuan lain iaitu PTVM (Persatuan Penerbit TV Malaysia,” ujarnya lagi.
p/s: kalau tak de bantuan media yang promosi macam mana nak laku filem..betul tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir