SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label Cinta.... Show all posts
Showing posts with label Cinta.... Show all posts

cinta dulu ker???

Assalamualaikum semua...
salam keberkatan semoga anda semua dalam limpah rahmat aksih darinya
cinta dulu ker???

ya...itu persoalannya...bukannya tajuk lagu mahupun tajuk berita
tetapi ianya memerlukan pendapat dan pandangan anda
untuk menjawab persoalan itu...

cinta dulu ker???
mungkin ya mungkin tidak
ada orang kata bercinta dulu sebelum berkahwin
dan ada pula yang mengatakan kahwin dulu pastu bercinta 
bercinta lepas kahwin lebih indah benarkah??
mungkin benar jika kena dengan pasangan yang dicari
yang mengamalkan prinsip-prinsip kehidupan yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar

kadang-kadang cinta itu perlu juga sebelum kahwin
untuk kita mengenali isi hati pasangan
bukannya mengenali benda-benda lain
isi hati lebih penting yakni sikap dan tingkah laku
adakah pasangan kita mementingkan Islam sebagai cara hidup?
atau lebih gemar bersosial tanpa memikirkan soal halal dan haram
tepuk dada tanya lah iman
kerana andai yang ditanya adalah selera
maka selera akan mengatakan masih tidak cukup
kerana fitrah naluri manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehi 
dan diberi oleh Yang Maha Satu yakni Allah

cinta selepas kahwin pun penting
selepas kahwin la paling seronok bercinta
semasa itu, tiada siapa yang akan menghalang apa yang kita hendak lakukan
bersama pasangan 
kerana ketika itu semua telah sah
telah bergelar suami dan isteri
maka halal la kan????
betul kan

ada kontra jugak if kahwin sebelum bercinta dengan seseorang itu
sekiranya insan yang dipilih yakni suami tersebut sebenarnya panas baran
sudah semestinya akan memberi kesan kepada Si Isteri
salah sikit, isteri akan menerima tamparan atau kata-kata makian dari suami
sedangkan kita hidup bekerluarga untuk saling melengkapi kerana
manusia diciptakan tidak sempurna dan perlu antara satu sama lain

so anda sendiri yang menentukan anda
dan apabila melakukan sesuatu fikirkan lah bahawa ada Allah yang Maha Melihat
dan andai anda tersasar di jalan kehidupan
berundurlah dan kembali ke laluan yang sebenar yang diredhaiNya
*sekian*

CINTA,KASIH, SAYANG....baca dan hayati bersama

"bila cinta kini tak lagi bermakna
yang ku rasa kini hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta masa lalu 
dulu kau tawarkan manis nya janjimu
dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggalkanku"

hilangnya cintamu menusuk hatiku
hinggaku memilih cinta yang fana
perginya dirimu merobek jantungku
hingga ku terjatuh dalam harapan

ku sebut namamu disetiap doaku
bangkitkan setia kenangan pertama
yang ku dapat hanyalah bayangmu"


bila membaca baris  kata ayat-ayat diatas
apa yang bermain dalam pemikiran anda??
ya..ianya berkaitan dengan CINTA
satu perasaan yang amat kuat
perasaan KASIH
perasaan SAYANG


perasaan yang kadang-kadang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata
ya...ianya merupakan 1 perasaan yang lahir dari sanubari
setiap insan mahu dicintai dan mencintai
dalam Islam sekalipun mendidik untuk manusia saling berkasih sayang
TETAPI dengan berlandaskan ISLAM

apa yang kita sering lihat sekarang
perasaan CINTA dan SAYANG itu wujud dan digunakan oleh remaja
tetapi dengan cara yang tidak betul..
anda setuju atau tak dengan pandangan yang saya berikan
pada saya itu BENAR kerna banyak kes pembuangan bayi mula berlaku
hampir setiap masa, detik dan ketika, media massa yakni Televisyen, suratkhabar acapkali
menyajikan kepada kita tentang berita pembuangan bayi

KENAPA INI BERLAKU????
sedangkan bayi yang tidak tahu apa-apa
yang hanya ingin mengenali duniawi yang indah ini
menjadi mangsa
atas dasar sikap TERUNA dan DARA
yang tidak mempunyai sikap perikemanusiaan
melihat bayi yang dikahirkan itu seperti sampah.
dimana maruah mereka sebagai seorang manusia
insan yang diberikan akal dan pemikiran untuk berfikir?
dimana maruah mereka sebagai seorang khalifah??
yang diberikan tangungjawab untuk mentadbir bumi ciptaanNya dengan sebaik mungkin?
tepuk dada tanya lah iman
kerana tanpa IMAN manusia tidak dapat membezakan mana buruk dan baik

CINTA ITU SUCI
ya itu memang benar..tetapi apabila berlakunya kes sedemikian rupa
nilai dan martabat cinta semakin rendah
hinggakan boleh dijual beli dan digadaikan
akibat terpedaya dengan janji manis insan yang berjiwa hitam
 kepada SI DARA berwaspadalah ketika memilih pasangan untuk hidupmu
ibarat kata pepatah
"terlajak perahu boleh diundur. terlajak perbuatan tanggunglah akibatnya"
jagalah mahkotamu wahai DARA
pilihla insan yang bergelar lelaki berdasarkan 
IMANNYA
SIKAPNYA
janganlah memandang kepada paras rupa kerana paras rupa akan musnah
apabila masa bersilih ganti dengan kedutan di kulit-kulit wajah

nasihatku...
andai kau dan dia bercinta
hiasilah cinta kalian dengan keimanan dan ketaqwaan
jangan jadikan CINTA itu tempat nafsumu bermaharajalela
kerna apabila Nafsu telah bermaharajalela
martabat cinta itu sendiri akan hilang 
yang ada hanya lah nafsu dan rasukan syaitan

*semoga diri kalian yang membaca beroleh keberkatan daripada Yang Maha Esa*
zubir othman
05 februari 2011
08.10 malam

 
 

Cinta Antara Langit dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.






Tips Lupakan Si Dia

salam semua..sihat ke korang????
harini C.Z nak share beberapa tips nak lupakan Si Dia yakni BF atau GF anda
hehehhehe....

Biasa la bila bercinta semuanya indah… 
Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
 

Kisah Cinta Seorang Insan Hacker

Seandainya hatimu adalah sebuah system,

Maka aku akan scan kamu untuk mengetahui port mana yang terbuka sehingga tidak ada keraguan semasa aku c:\> nc -l -o -v -e ke hatimu,tapi aku hanya berani ping di anonymouse proxy, inikah rasanya jatuh cinta sehingga membuatku seperti hacker ke dalam hatimu walau pun aku memang hacker sejati? whatever!

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA...

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

8 ADAT DALAM BERCINTA

1. Cemburu- tandanya sayang jadi bukan satu yang biasalah apabila dalam bercinta wujudnya perasaan cemburu. tapi AWAS jangan cemburu melampau dan biarlah berpada dan kena pada tempatnya

2.Berselisih Faham - sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula dalam sesuatu hubungan pasangan bercinta. adakalanya perselisihan merupakan satu cara utk kamu dan dia memahami dan mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain.

3.Bosan - sudah semestinya bosan akan datang dalam hubngan yang telah lama dibina. hal ini dapat dielakkan dengan pelbagaikan variasi dalam hubunganmu itu. ini bertujuan mengelakkan hubungan yg dibina itu tidak berfokus pada satu perkara sahaja

4.Halangan Dan Dugaan - dalam bercinta kita tidak akan lari dari menempuh dugaan dan juga halangan. oleh itu, hadapilah dugaan dan halangan yang tiba itu dengan baik dan andainya ia dilalui dengan tenang InsyaAllah segalanya akan kembali seperti biasa

5.Masalah Mencari Keserasian- dalam dunia yang penuh dengan variasi tentulah wujudnya masalah dalam mencari keserasian dalam sesuatu. ingat jangan jadikan ketidakserasian yang wujud itu sebagai alasan utk kamu dan si dia berpisah. tidak semstinya tidak serasi tidak dapat hidup bersama...betul X???

6.Kehadiran Orang Ketiga - sudah menjadi adat dan kebiasaan pasti akan wujudnya orang ketiga yang mungkin akan menggangu ketenteraman kamu dan si dia. oleh itu, ingatlah bahawa ini adalah satu dugaan dan laluilah dengan baik dan fikirkan dengan berkhemah. wujudkan kekuatan utk mengatasi masalah kehadiran orang ketiga ini.

7.Setiap Saat Perlu Dilaporkan- andai berjauhan sudah semestinya kamu tidak mampu utk melihat dia dan begitu juga sebaliknya...oleh itu, setiap saat jauh mahupun dekat laporlah apa yang kamu lakukan sebagai tanda kamu sentiasa mengingatinya.

8.Berkongsi - dalam hubungan percintaan pastinya wujudnya perkongsian tidak kira waktu senang mahupun susah. dengan cara ini ia dapat mengukuhkan hubungan itu

P/S : artikel ni dipetik dari satu laman web....btul kew apa yang dinyatakan diatas...if x btul..komen la..ckit..kalau btul pun komen gak...hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir