Anak lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.
Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul, 13, ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta.

