SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi mulai Khamis.

Pengumuman keputusan berkenaan adalah bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2013.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di www.moe.gov.my.
Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015, calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).
Tarikh pendaftaran sesi berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut iaitu Kolej Matrikulasi Labuan dan Perlis (19 Mei 2014); Kolej Matrikulasi Sarawak, Kedah dan Kelantan (25 Mei 2014) dan Kolej Matrikulasi lain di seluruh Semenanjung pada 26 Mei 2014.
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan terus menerusi laman sesawang KPM mulai 24 April 2014 hingga 8 Mei 2014. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup pada 8 Mei 2014 tidak akan dipertimbangkan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Matrikulasi, KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir