SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hafiz Suip Pakai Ilmu Hitam Untuk Menang Anugerah ???

Hafiz Suip Pakai Ilmu Hitam Untuk Menang Anugerah ???

Kalau ketika ini ditanya penyanyi manakah yang menjadi kegilaan & rebutan ramai pihak? Siapa lagi yang harus kita berikan namanya, kalau bukan jutawan muda Hafiz Suip.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sejak tahun lalu hingga kini, Hafiz
cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Namun dalam pada jejaka 23 tahun ini rancak mencipta rekod kegemilangannya sekaligus melipatgandakan lagi pencapaiannya, timbul dakwaan kononnya segala yang dikecapi itu bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir.
Dalam erti kata lain, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.
“Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri,” kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini ditemui pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, ‘A Golden Moment with Hafiz’ di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, semalam.
Bagaimanapun Hafiz tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah dalam perjalanan untuk berjaya.
“Biasalah manusia ni kadang kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita,” ujarnya sambil tersenyum”
Sementelah, tidak cukup dengan dakwaan guna ilmu hitam, Hafiz dituduh pula mengambil dadah. Menguatkan lagi spekulasi, kerana susuk tubuh pelantun ‘Deritaku Bahagiamu’ ini dilihat kini semakin susut.
Sekali lagi Hafiz tertawa mendengar tuduhan tersebut & memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bakan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada pengambilan dadah.
“Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau ianya akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dasyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu”
“Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih,” tegasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir