SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Gambar Bakal Isteri Kedua Ashraf Muslim

Gambar Bakal Isteri Kedua Ashraf Muslim

Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim, 32, tampil mendakwa laporan akhbar yang mendakwa isterinya, Noor Dayana Lokman redha sekiranya dirinya berkahwin lain adalah merupakan satu fitnah.

Ini berikutan kenyataan media yang dikeluarkan seorang gadis misteri bernama Sakinah yang mendakwa isteri kepada pelakon terbabit redha sekiranya suaminya berkahwin dengan Sakinah.
Menerusi laman sosial Twitternya, Ashraf mengatakan, “salam semua, luahan hati… makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah demi kepentingan masing-masing. Ingat kita ada Allah.
“Makin banyak fitnah dilemparkan yang direka-reka oleh wartawan Harian Metro. Semoga Allah memberkati kamu,” ujarnya.
Nampaknya semakin panas cerita Ashraf-Dayana-Sakinah ini malah menerusi forum Cari, peminat memberitahu bahawa kini Ashraf dan Sakinah sebenarnya sudah bertunang.
Hmmm, macam-macam spekulasi, sebaiknya Ashraf harus berterus-terang dalam perkara sebegini kerana jika dia terus mendiamkan diri, mungkin makin banyak cerita-cerita yang kurang enak didengar melanda dirinya.
Dalam perkembangan lain, menerusi portal gosip Beautifulnara, terdapat dua keping gambar yang dikirim pembaca portal terbabit mendakwa itu adalah gambar wanita yang dikenali sebagai Sakinah.
Sakinah dilaporkan bekerja sebagai krew produksi sebuah program bual bicara popular di sebuah stesen televisyen swasta.
Moga-moga segala kerumitan masalah rumahtangga pelakon kacak ini dapat diselesaikan segera sekiranya Ashraf tidak mahu ianya terus diperbesar-besarkan di mana-mana media selepas ini.
ASHRAF
ASHRAF1
SAKINAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir