SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Elfira Loy "Sound" Pemilik Akaun Palsu Twitternya

Elfira Loy "Sound" Pemilik Akaun Palsu Twitternya


Pelakon remaja bertubuh kecil, Elfira Loy geram dan bengang apabila terdapat satu akaun Twitte palsu yang menyamar sebagai dirinya.
Jangan Tertipu Dengan Twitter Palsu Elfira Loy!
El2
Elfira atau panggilan manjanya, El hanya mempunyai satu akaun Twitter sahaja dengan di bawah nama @elfira_loy.

El3
El mengesan akaun palsu itu pada hari semalam dengan nama akaun @_Elfiraloy.
Pelakon drama Dalam Hati Ada Taman itu telah menghantar ‘amaran’ kepada pelaku tersebut supaya menghentikan tindakan tidak bermoral tersebut selain meminta individu tersebut menghormati dirinya.
El1
“Please don’t tweet like you are the real ‘Elfira’. Show some respect please, thank you @_Elfiraloy,” tulis El.
Dalam akaun palsu tersebut, individu tersebut telah memuat naik pelbagai status dengan berlakon yang dirinya adalah El yang sebenar.
Dia turut menyebut nama beberapa artis Malaysia yang lain selain memuat naik gambar-gambar El sendiri.
Akaun palsu yang dibuat pada 28 Disember tahun lalu itu kini mempunyai 280 pengikut dengan 385 ‘tweet’.
Pada 28 Januari lalu, individu tersebut menulis mesej kepada pelakon, Nabila Huda.
“Hey sis…How are you? It’s me Elfira…I saw you at La Boca,” tulisnya.
Justeru, akaun tersebut telah menimbulkan kekeliruan di mata peminat-peminat setia El.
Akaun Twitter sebenar El mempunyai pengikut sebanyak 383,638 pengikut manakala telah memuat naik status sebanyak 33,241.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir