Pihak berkuasa Amerika Syarikat semalam berkata, mereka menemui terowong bawah tanah “utama” untuk menyeludup dadah di sempadan negara itu dengan Mexico.

Terowong 400 meter itu menghubungkan gudang di Tijuana, Mexico dengan Otay Mesa di selatan California dan dilengkapi bekalan elektrik dan sistem pengudaraan.