SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Gloria Macapagal Arroyo ditahan kerana komplot pilihan raya

Gloria Macapagal Arroyo ditahan kerana komplot pilihan raya


Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa
berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.
Macapagal Arroyo Ditangkap Polis
UNDI KUMPULAN PILIHAN ANDA DAN MENANG BERSAMA MEREKA
TIPS KEWANGAN TERHEBAT ABAD INI 
INGIN INSPIRASI???PASTI INI BOLEH BAGI ANDA IDEA DAN ISNPIRASI
BILA DINOSAUR MULA POSE UNTUK BERGAMBAR

Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut.
Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.
Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara.
Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.
Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.
“Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu.
“Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya” kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.
“Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya,” tambah kenyataan sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir