Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat  Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi  utama di AS pada 11 September 2001.
Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara  bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan  satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.
Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut  dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang  memalukan.
Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir  dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada  pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.
"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan  saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang  anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen  McArdle-Schulman.
"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan  pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat  mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya. 
Peluang dapatkan ramai  follower dan tingkat trafik
sertai : Saya  Blogger Awesome ...Anda???
Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak  berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu  terjun. 
Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka  jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk  mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah. 
WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri  daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada  1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2  bilion). 
Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat  Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian  itu meragut 2,753 nyawa.
Sebelum ini, berita dan gambar-gambar mereka tidak disiarkan media  AS.
Pemerintah AS beranggapan bahawa mereka yang memilih untuk membunuh  diri daripada mati terbunuh sebagai tidak patriotik sekali gus mencalar  imej negara.
Peluang dapatkan ramai follower dan tingkat trafik
sertai : Saya Blogger Awesome ...Anda???
 
 
 
 
 
