Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang didapati menyimpang daripada  ajaran Islam oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor  pada tahun 1998 kini dikesan kembali aktif. 
Ajaran itu kini dipercayai dikembangkan oleh ahli keluarga salah  seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Menurut sumber yang cuma ingin dikenali sebagai Roslan, markas utama  kumpulan tersebut yang terletak di Kampung Melayu, Batu Arang di sini,  kembali dipenuhi oleh pengikut ajaran itu sejak kebelakangan ini.
"Saya dapati semakin ramai orang luar datang ke markas itu pada malam  tertentu. Saya percaya kumpulan tersebut tidak mahu pihak berkuasa tahu  tentang aktiviti mereka," katanya.
Peluang dapatkan ramai  follower dan tingkat trafik
sertai :  Saya   Blogger Awesome ...Anda???
Menurutnya yang juga penduduk di kampung tersebut, kewujudan semula  ajaran tersebut kini diketuai oleh seorang lelaki yang merupakan menantu  kepada orang kanan Hassan.
"Pengikut ajaran itu terdiri daripada pelbagai latar belakang  termasuk profesional yang datang dari seluruh negara terutama Singapura,  Johor dan Melaka semakin berkurangan.
"Saya sendiri sebenarnya pernah bersemuka dengan pengikut kanan  Hassan suatu ketika dahulu selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung  yang dia telah mendapat wahyu ketika duduk di kedai kopi," ujarnya.
Peluang dapatkan ramai  follower dan tingkat trafik
sertai :  Saya   Blogger Awesome ...Anda???
 
 
 
 
 
