Kejadian ini dilaporkan berlaku di EL PASO, Texas,dia membunuh temannya gara-gara cemburu, insiden berlaku bermula apabila  Seekor harimau betina bertindak membunuh  pasangannya di sebuah zoo di barat Texas, pihak berkuasa berkata pada  hari Jumaat, dalam satu serangan yang berlaku selepas berbulan-bulan  wujud perasaan cemburu dalam kisah cinta tiga segi.
Harimau Malaya berusia tiga tahun, Seri membunuh Wzui berusia enam  tahun pada hari Khamis, 4 petang di Zoo El Paso, seorang jurucakap zoo  memberitahu.
Sebaik sahaja kejadian itu dilaporkan, penjaga zoo menutup pameran  harimau dan kakitangan veterinar telah dipanggil. Mereka memeriksa Wzui  dan mendapati ia telah mati.
“Kejadian tragik seperti ini pernah berlaku tetapi bukan sesuatu yang  biasa terjadi,” Pengarah zoo, Steve Marshall berkata. Marshall  menyifatkan Wzui sebagai sangat
penyayang dan berkata ia akan dirindui.
Harimau Malaya adalah spesies terancam dengan hanya lebih kurang 500  ekor sahaja yang tinggal di hutan liar Thailand dan Malaysia, menurut  World Wide Fund For Nature.
Seri dan Wzui dipinjamkan dari zoo lain sebagai sebahagian daripada  rancangan American Zoo Association’s Species Survival (Persatuan Ikhtiar  Hidup Spesies Persatuan Zoo Amerika) untuk membantu dalam pemuliharaan  mereka melalui pembiakbakaan dalam kurungan.
Marshall berkata bahawa penjaga zoo tidak nampak apa-apa tanda  keganasan yang boleh menyebabkan serangan, dan kedua-dua harimau itu  pernah dilihat bermain dengan mesra pada awal hari itu.
Bagaimanapun, dalam bulan Jun, pihak berkuasa zoo melaporkan ‘cinta  tiga segi’ antara Seri, Wzui dan seekor harimau betina berusia 15 tahun,  Meli, yang dipindahkan ke
El Paso dari sebuah zoo di Fresno, California, pada 2001.
“Harimau jantan, Wzui suka kedua-dua harimau betina, tetapi kedua-dua  betina tidak suka satu sama lain,” kata zoo itu dalam satu kenyataan  akhbar bertarikh 14 Jun.
“Mereka (kedua-dua harimau betina) cemburu antara satu sama lain,”  Griselda Martinez, Penyelia Koleksi berkata.
Kakitangan zoo menjangkakan seekor harimau lain mungkin akan  dipindahkan ke zoo El Paso bagi menggantikan Wzui bagi tujuan pembiakan.
 

 
 
 
 
