SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Aduyai..Ade CCTV la pulak...

Aduyai..Ade CCTV la pulak...

Saat dramatik pergelutan antara seorang bapa dengan dua lelaki bertutup kepala yang menceroboh masuk ke rumahnya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
GAMBAR dari rakaman CCTV menunjukkan Draper (tengah)  dipukul oleh dua perompak itu.
GAMBAR dari rakaman CCTV menunjukkan Draper (tengah) dipukul oleh dua perompak itu.
Adrian Draper, 43, bergelut dengan dua lelaki bersenjata itu
selepas mereka cuba merompak di rumahnya awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu tidak menyedari kejadian itu dirakam menerusi kamera yang dipasang Draper. Rakaman mengejutkan itu menunjukkan Draper, berbaju biru, dipukul oleh kedua-dua perompak itu sambil mereka mengacukan pistol di kepalanya sebelum dia bertindak berani merampas pistol itu daripada mereka.
“Saya begitu marah kerana kejadian ini berlaku di rumah saya. Anak perempuan saya berusia belasan tahun berada di atas dan dia begitu takut.

“Saya bernasib baik kerana memasang kamera itu. Saya memasangnya kerana saya bimbang dirompak,” kata Draper.

Menurutnya, dia membuka pintu selepas mendengar ada orang mengetuknya dan mendapati kedua-dua lelaki itu di luar. “Mereka mengacu pistol pada perut saya. Mulanya saya sangka ia pistol palsu. Tetapi riak muka mereka membuat saya yakin ia senjata betul,” kata Draper.
Kamera itu merakam kira-kira 20 saat kejadian ketika-tiga lelaki itu bergelut sebelum Draper berjaya merampas senjata itu dan mengejar kedua-dua lelaki itu hingga ke dapur.

“Mereka bagaimanapun berjaya merampas pistol itu dan lari keluar menerusi pintu depan. Saya menelefon polis kerana menyedari kejadian itu dirakam sepenuhnya,” katanya. Draper luka di belakang kepala sementara matanya lebam. Jurucakap Polis Derbyshire berkata, satu daripada senjata itu, belum diketahui sama ada palsu atau tiruan, ditinggalkan di tempat kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir