Kita sering lupa menyelami erti sebenar ungkapan keramat ini. Lalu apa sebenarnya makna ucapan 'terima kasih' itu? Apakah ia hanya sekadar ungkapan semata-mata? Atau apakah ia hanya sekadar kebiasaan selepas menerima sesuatu?
Terima kasih membawa seribu makna yang 'anggun' lagi 'ayu' apabila dihayati. Ucapan syukur kepada Yang Maha Esa atas segala kebaikan-Nya kepada kita adalah sesutau yang patut kita fikirkan. Walau dalam susah atau derita memang ada sahaja nikmat yang kita terima dari-Nya. Apa lagi jika kita dalam senang. Udara yang sedang kita hirup untuk terus hidup memang suatu pemberian-Nya yang utama. Namun kebanyakan manusia sering alpa mengucapan syukur kepada-Nya dikala senang.
Dikesempatan ini, sesiapa sahaja yang sedang menatap article ini, saya dengan senang hati dan tulus ikhlas ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat sekalian kerana anda sedang menghayati ucapan 'terima kasih' tersebut.
Apakah anda masih sanggup mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang membenci anda, atau pun mungkin seseorang yang pernah mengkhianati anda?
Kepada ayah, bonda, abang-abang, kakak-kakak, adik, sahabat-sahabat, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja, saya ucapkan terima kasih kerana anda menerima 'saya sebagaimana saya ada'.
Masanya belum terlalu lambat untuk anda ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja.