,
»
Pengajaran 05 April 2011- Tema Air.
Tema pengajaran minggu ini , minggu 9 praktikum ialah Air...pada mulanya c.z agak sukar mencari apalah aktiviti yang nak dilakukan dengan kanak-kanak prasekolah ni...selepas tengok buku sana. selak buku sini, baca buku situ...dapat la idea yang tak seberapa. Rancangan Pengajaran Harian ditulis berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang mana memuatkan tema, hasil pembelajaran,serta cadangan aktiviti. yer...bagi c.z yang masih muda dalam dunia pendidikan prasekolah ni..agak sukar dan tidak tahu merancang aktiviti yang bersesuaian. terlebih cakap la pulak. kita terus kepada topik utama. Untuk pengajaran esok, c.z akan mengajar dari jam 8 sampai 12. so...nak ajar kanak-kanak buat air Milo dimana pertamanya c.z akan tunjuk bahan-bahan yang diperlukan. pastu buat demo sikit ala-ala rancangan masakan gitu...hahahaha...pastu budak tengok dan buat dengan bimbingan c.z.
bagi aktiviti sejam modul bertema, c.z akan minta kanak-kanak buat sampan. tapi sebelum tu kenalah ajar dulu. kalau pakai main suruh je...konpem la kanak-kanak garu kepala...ajar buat kapal kertas aka sampan. dah siap kanak-kanak warnakan dengan krayon. kenapa dengan krayon??sebab krayon ni kalis air. jadi bila letak dalam kolam atau atas air tak la tenggelam..kalau tenggelam pun ambik masa yang lama...heheheheh
malas la nak cakap banyak-banayk..korang semua leh terus tengok RPH yang c.z sediakan untuk pengajaran esok...panas lagi nih...jangan lupa bagi komen yer...nak tau sesuai tak aktiviti yang c.z cadangkan dalam rph tu utk pengajaran esok.
|
Halaman 1 : klik utk besarkan image |
|
halaman 2: klik utk besarkan imej |
|
Halaman 3 : klik utk besarkan imej |
p/s: kalau nak ambik boleh...tak de masalah kalau korang rasa entry nih besh...klik la iklan k...pasni c.z akan post lagi entry camni
Related Posts :
Aktiviti Prasekolah
,
Tema Air