SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » » Trio Samseng Tidur Lokap

Trio Samseng Tidur Lokap

Assalam dan Selamat Pagi...dah bangun belum???
macam-macam budak-budak sekarang...kecik-kecik lagi dah jadi samseng...
salah siapa ini semua berlaku??adakah ini disebabkan kurangnya nilai murni yang diajar di sekolah atau pun Ibu Bapa yang jarang ambil tahu tentang anak-anak mereka dengan siapa berkawan, kemana pergi dan sebagainya...fikir-fikirkanlah....anak itu anuegerah Dia Yang Esa...maka jagalah, kasihkan dan berilah dia didikan yang sempurna..kerna setiap amanah yang diberikan akan dipersoalkan di akhirat kelak...

Kosmo hari ini _ Trio Samseng Tidur Lokap

KUALA LUMPUR - Tiga remaja perempuan boleh dianggap samseng apabila mereka ditahan selepas bertindak ganas memukul dan menyamun seorang murid perempuan tahun enam dalam kejadian di kawasan Sentul di sini Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 4 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Melur, 12, mengalami lebam-lebam di seluruh badan akibat ditendang, dipukul hingga lembik, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak ke lantai.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila tiga suspek berusia di antara 14 dan 15 tahun tersebut datang ke rumah mangsa ketika pelajar itu sedang menonton televisyen bersendirian di rumahnya.

Ketika kejadian, ibu anak sulung daripada dua beradik itu keluar bekerja manakala adiknya ke sekolah.

Katanya, sebaik dapat membuka pintu rumah dengan menendangnya, suspek terus memukul mangsa.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik rambut dan memukul seluruh badan mangsa dengan tangan hingga mangsa tidak berdaya.

"Suspek turut memaki hamun dan marah terhadap mangsa selain salah seorang suspek yang 'naik hantu' bertindak menghentak kepalanya ke lantai hingga benjol," katanya kepada Kosmo!.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir