SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » » Bila Mata KurniaanNya Tak Lagi Dapat Melihat..Apa akan jadi?????

Bila Mata KurniaanNya Tak Lagi Dapat Melihat..Apa akan jadi?????

Persoalannya bukan buta hati tetapi buta mata secara fizikal. Mata sebenar yang buta. Apa agak-agak yang jadi kepada individu tersebut?

Susah saya nak bayangkan. Dari dunia yang terang-benderang tiba-tiba jadi gelap-gulita. Serba-serbi meraba. Jalan meraba. Duduk meraba. Makan meraba. Mandi meraba. Tidur memanglah tak meraba sebab mata memang tak dapat nampak apa-apa lagi. Dunia ini rasanya kelam dan suram segalanya.

Tapi jangan hairan jika saya katakan bawah ada segelintir manusia yang benar-benar tabah sehinggakan mereka hidup bagaikan orang-orang yang celik. Cuma saja mereka akan membawa sebatang ‘stik’ untuk mereka gunakan sebagai alat ‘peraba’ kemana-mana mereka pergi.



Di tempat saya, ada ramai orang buta yang sangat berjaya dalam kehidupan mereka. Ada pensyarah, ada peguam, dan sebagainya. Yang uniknya mereka ini bukan lahir sebagai orang buta tetapi menjadi buta disebabkan kejadian-kejadian yang amat malang.

 Minggu lalu, adalah seorang sahabat saya yang mengalami kecederaan mata. Mulanya dia fikir dia akan jadi buta selamanya. Kejadian berlaku apabila saluran udara mampat dari pemampat udara tiba-tiba terlepas dan hujung hos tersebut mengenai mata kirinya. Bayangkan tekanan dan hempasan hos tersebut.



Serta merta dia dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Darah jangan nak katalah. Bercucuran. Doktor merawatnya. Nasib baik hanya mata bahagian putihnya sahaja yang terkoyak sedikit dan di hujung matanya terpaksa dijahit 3 jahitan akibat luka.

 “Sepanjang kesakitan tersebut, saya tidak dapat bayangkan jika mata saya menjadi buta. Jika saya buta, gelap masa depan, bukan gelap pandangan tetapi gelap kehidupan,” luahnya dalam sedikit kesakitan.



Jagai mata kita. Mata adalah jendela badan dan minda kita. Tubuh badan yang ceria dan selalu bersyukur dipancarkan dengan mata yang bercahaya dan berseri. Mata boleh meluahkan segalanya isihati kita. Mata tidak pernah berbohong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir