Malasnya nak tulis al-muqadimah...aduh...tak pe kan..yang penting isi tuh..heheh...
1. Buat Contest dan Tetapkan Syarat Wajib Follow
Ya, cara ini aried lihat sangat berkesan dan boleh menambah bilangan followers dengan cepat sekali. Namun begitu risikonya atau cabarannya tetap ada iaitu selepas contest tamat maka tidak mustahil mereka akan terus berhenti follow blog kamu itu. Ini kerana mereka hanya follow bagi memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja.
Walaubagaimanapun c.z berani jamin bahawa ada ramai blogger yang cukup pantang dan tidak suka jika syarat wajib jadi follower
2. I Follow U, U Follow I
Sambil tinggal jejak semasa blogwalking, maka akan ada ramai yang menggunakan teknik ini dengan meninggalkan sedikit note di shoutbox menyatakan mereka telah follow blog kamu dan mahukan kamu juga followe blog dia.
Walaupun mudah, namun mungkin sahaja ada berlaku penipuan dan sangat jelas bahawa mereka hanya ingin menambah followers blog mereka dan bukan mahu follow blog kita.
3. Artikel Mantap
Ini merupakan cara yang paling tepat sekali dalam menambah bilangan followers kerana readers follow blog kita tanpa paksaan malah mereka merasakan blog kita menarik bagi mereka. Namun begitu, cara ini mungkin sukar dilakukan kerana artikel yang mantap ini mungkin terlalu subjektif.
4. Bilangan Followers Yang Ramai
Jika sesebuah blog itu sudah mempunyai bilangan followers yang ramai, maka sangat mudah bagi blog itu terus menambah bilangan followers blognya itu kerana aura yang dibawa dan ditunjukkan dari jumlah followers yang ramai.
“Eh… Kenapa ramai yang follow blog ni, mesti blog ni best! Nak follow juga lah!..”
Hah, nampak macam mana aura yang aried maksudkan itu?
Baiklah, tidak kira cara apa atau tips yang kita gunakan untuk menambah followers kita kena tahu bahawa followers yang ramai tidak menjanjikan traffik yang ramai. Ya, mungkin sahaja owner blog boleh berasa bangga, tetapi untuk apa? Semuanya kembali kepada niat asal kita untuk mencari jalan mudah menambah followers ini. Tepuk dada, tanya iman.
Baca luahan dan catatan cinta.....
klik : Blog Cinta