Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah Sekolah Menengah di sini kecewa kerana dituduh membuli seorang pelajar lain bulan lalu.
Luqman Al Hakim Ahmad, 15, menafikan bahawa dia terlibat dengan kes itu dan telah membuat laporan polis sebaik mengetahui gambarnya dimuat naik di laman sosial dan dianggap sebagai suspek utama kejadian itu.