kalau nak buat alasan tu....pandai-pandai lah sikit...apa punya alasan...mesti time bagi alasan tak fikir dulu ni..Allah nak tunjuk benda tak baik korang nak buat...
 Helah sepasang kekasih yang mendakwa terpaksa menyewa hotel untuk  menyiapkan tugasan kolej bagi mengelak dicekup penguat kuasa 
Jabatan Hal  Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) gagal apabila mereka ditahan awal pagi  Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah hotel bajet di  Jalan Lencong Barat di sini, pasangan terbabit turut mendakwa mereka  baharu sahaja mendaftar masuk hotel berkenaan.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati mereka berdua telah dua malam menginap di hotel tersebut.
Ketua Operasi JHEAIK, Md. Nasir Md. Dali berkata, pasangan dari Alor  Setar berusia awal 20-an itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah  Kota Setar dan pejabat agama untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan  jaminan RM1,000.
"Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun  Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak  kepada orang ramai.
"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali," katanya.Klik LIKE fan page c.z kat sebelah kanan blog untuk entry-entry terbaik...