Tiga krew Weststar Aviation Services mengalami detik cemas apabila  helikopter jenis AgustaWestland AW139 yang mereka naiki mengalami  masalah ketika berada pada ketinggian 15 meter berhampiran Lapangan  Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pagi ini.

Ketiga-tiga mereka iaitu juruterbang, Kapten Syahfrilhaidi Abdul  Rahman, 
38, pembantu juruterbang, Kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35 dan  jurulatih juruterbang, Kapten Mohd Zamri Mohamed, 44, bagaimanapun hanya  cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan  Universiti Malaya (PPUM) selepas helikopter itu melakukan pendaratan  secara pra-kawalan.Pengarah Urusan Weststar Aviation Services Tan Sri Syed Azman Syed  Ibrahim berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.17 pagi  ketika ketiga-tiga mereka sedang menjalani latihan penerbangan di  lapangan terbang tersebut.
“Ketika terbang pada ketinggian 15 meter, helikopter itu dikesan  mengalami kerosakan dan  mereka terus memaklumkan kepada pengawal  lapangan terbang untk melakukan pendaratan secara pra-kawalan.
“Punca kerosakan pada helikopter itu akan disiasat oleh Weststar dan  Jabatan Penerbangan Awam,” kata Syed Azman kepada pemberita di  pejabatnya di Jalan Ampang di sini hari ini
Katanya sebagai langkah keselamatan semua penerbangan sembilan buah  helikopter AgustaWestland AW139 akan diberhentikan sementara sehingga  siasatan punca kerosakan diketahui lewat petang ini.
Menurut Syed Azman, helikopter tersebut baru dibeli pada tiga bulan  lepas dari Itali serta juruterbang yang memandu juga adalah seorang yang  berpengalaman dan kejadian tersebut adalah pertama kali berlaku.
Helikopter itu  yang boleh memuatkan seramai 15 penumpang digunakan  untuk menghantar pekerja ke Kerteh, Terengganu dan Kota Baharu, Kelantan  untuk memberi perkhidmatan servis terhadap tujuh syarikat minyak dan  gas di sana.C.Z : Allah berkuasa menentukan setiap yang berlaku di dunia ini