SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Soalan Exam,....Hehehe..Jom Tengok....Prasekolah


Jawapan Soalan Struktur Set 1

1)    Maksud Penilaian
·         Proses atau prosedur bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil dan standard pembelajaran
(meliputi pengujian, penilaian dan pengukuran)


2)    Objektif penilaian autentik
·         Mengesan perkembangan secara menyeluruh
·         Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
·         Membuat perancangan aktiviti
·         Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
·         Mempelajari keperluan murid (kelemahan dan kekuatan murid)

3)     Kelebihan mengumpul bahan melalui video (pemerhatian)
·         Memfokuskan perkara yang ingin diperhatikan
·         Mempunyai rekod (bukti@ evidens) yang kukuh
·         Dilaksankan dalam suasana tidak formal
·         Kanak-Kanak tidak tertekan dengan apa yang dilaksanakan guru
·         Sesuai dengan masa dan tempat
·         Memberi gambaran tentang minat dan perkembangan kanak-kanak yang lebih mendalam (yakni tidak dapat diperhatikan dengan cara lain)

Al-Quran itu KeKasih

Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian.

Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!

Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Qurankalam Allah Yang Maha Agung.

1. Kekasih yang terlalu istimewa


Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?
Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Allah berfirman ;
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia" (Surah Ar-Rad:28)

Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah. Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir