SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » 16 Budaya Jepun Ini Boleh Kita Contohi Untuk Berjaya

16 Budaya Jepun Ini Boleh Kita Contohi Untuk Berjaya

Seperti yang diketahui ramai, Jepun ialah sebuah negara yang dipenuhi dengan warga yang penuh adab tatatertib. Kecantikan budaya melahirkan pembentukan diri yang cantik. Beberapa perkara yang kita boleh belajar daripada negara Jepun:
1. Murid-murid Jepun mencuci sekolah mereka setiap hari selama 15 minit bersama guru mereka, dan membentuk generasi Jepun yang bersederhana dan menjaga kebersihan.
2. Warga Jepun yang membawa anjing berjalan-jalan mesti membawa beg plastik untuk
membawa pulang najis anjing mereka. Kesungguhan menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada etika bangsa Jepun.
3. Pekerja kebersihan di Jepun dipanggil “Jurutera Kesihatan” dan boleh meminta gaji sehingga USD 5000 ke USD 8000 sebulan dan mereka harus menghadapi ujian bertulis dan ujian lisan sebagai temuduga.
4. Jepun tidak mempunyai sumber semula jadi, dan mereka terdedah kepada ratusan gempa bumi setahun tetapi itu tidak menghalang negara ini daripada menjadi antara ekonomi terbesar di dunia.
5. Hiroshima kembali berkembang pesat menjadi pusat ekonomi hanya dalam masa 10 tahun selepas peristiwa kejatuhan bom atom.
6. Penggunaan telefon bimbit dilarang dalam keretapi dan restoran.
7. Pelajar sekolah rendah tahun pertama sehingga tahun keenam perlu belajar etika berurusan dengan orang lain.
8. Walaupun negara Jepun merupakan salah satu negara terkaya di dunia tetapi mereka tidak mempunyai pembantu rumah. Ibu bapa bertanggungjawab dalam pengurusan rumah dan kanak-kanak.
9. Tiada peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah tahun pertama sehingga tahun ketiga, kerana matlamat pendidikan mereka adalah untuk menanamkan konsep dan pembentukan peribadi, bukan hanya peperiksaan dan indoktrinasi.
10. Purata kelewatan kereta api di Jepun ialah 7 saat setahun! Mereka amat menghargai nilai masa, sangat menepati masa sehingga ke tahap minit dan saat.
11. Anak-anak Jepun membersihkan gigi mereka selepas makan di sekolah; Mereka menjaga kesihatan dari usia muda.
12. Pelajar diberi masa setengah jam untuk menghabiskan makanan supaya penghadaman berjalan lancar. Apabila ditanya mengenai situasi ini, mereka berkata: Pelajar-pelajar ini adalah masa depan Jepun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir