Isu sebergini sepatutnya dah tak ada kat negara yg maju, tapi mungkin
ada sesetengah pihak yg mengeruhkan keadaan yg ada. Tapi apa pun kita
sebagai rakyat Malaysia jgn cepat menghukum atau mengambil
tindakan yg tidak sepatutnya. Tapi tindakan company ini agak keterlaluan
kalau betul namun ia terjadi kepada anak seorang artis ini dan bila di
post kat twitter makin tersebar meluas.
Tak tahu lak kalau sebelum ini pernah berlaku tapi sebab tak di sebarkan
di laman social atau mungkin yg kena tu bukan anak artis popular kat Malaysia. Jadi tak jadi isu lah kot. Apa pun tindakan Datuk Rosyam Nor memuat turun status di twitter pada 18 Disember 2014
berbunyi seakan kecewa dengan tindakan sebuah company barang mainan
ini. Perkara itu pula berlakau kepada anak perempuannya sendiri.
"Sedih, hari ini anak
saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat
kena bukak tudung. Kedai H*****'s!!! Kurang Ajar"
Manakal dalam tweet kedua pula berbunyi bergini.
"Kedai tu kat One Utama. ingat nama H*****'s jgn masuk k"
Kemudian tgk status kat FB syarikat tersebut juga telah update tentang
rungutan ini. Mereka meminta semua org untuk bersabar tentang perkara
sebergini dan memberi peluang kepada company ini untuk menyiasat isu ini
lebih detail. Tapi biasalah bila dah tersebat kat laman sosial baru nak
ambil tindakan, masa buat tak fikir.
Apa pun kita terus besabar dan terus pertahankan kekuatan kita semoga
tiada lagi perkara sebergini menjadi duri dalam kehidupan kita rakyat
Malaysia yg berbilang kaum dan agama. Kita bukan nak cari salah sapa2
tapi kalau betul perkara ini berlaku kita kena betulkan jgn sampai ia
merosakkan keamanan yg kita kecapi sekarang. Kita tunggu tindakan
syarikat tersebut dan apa yg akan mereka lakukan atas rungutan ini.