SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » 10 Bangunan Tertinggi Yang Gagal Dibina

10 Bangunan Tertinggi Yang Gagal Dibina

Senarai 10 bangunan tertinggi yang GAGAL dibina
10 bangunan yang disenarai dibawah ini merupakan Top 10 bangunan tertinggi di dunia jika ianya berjaya disiapkan seperti yang dirancang.
Selalunya, projek pembangunan terpaksa dihentikan atas beberapa faktor kritikal seperti kekurangan dana dan suntikan kewangan yang lemah, bencana alam yang berlaku secara tiba-tiba, pergolakan politik dan banyak lagi.
Jom kenali 10 bangunan ini dengan lebih dekat lagi. Bonus foto illustrasi bagi setiap bangunan jika ianya menjadi realiti.


1. Nakheel Tower
Lokasi: Dubai

Tinggi puncak bangunan ini menjangkau sehingga 1 kilometer.
Mula dibina pada tahun 2008, tetapi proses pembinaan terhenti setahun kemudian.


2. India Tower
Lokasi: Mumbai

Tapak pembinaan terletak ditengah-tengah bandaraya Mumbai, India.
Projek pembinaan dimulakan pada tahun 2010.
Sayangnya, ianya terbantut setahun selepas itu iaitu pada tahun 2011.


3. Russia Tower
Lokasi: Moscow

Kerja pembinaan terhenti pada tahun 2008.
Semenjak itu, tapak pembinaan bangunan ini dijadikan tempat meletak kenderaan bagi penduduk setempat.


4. Chicago Spire
Lokasi: Chicago

Terhenti kerana krisis kewangan yang tidak dapat diselesaikan.
Ketinggian yang mahu dicapai adalah 2000 kaki.


5. Doha Convention Center Tower
Lokasi: Doha

Salah satu cubaan Doha untuk bersaing rapat dengan jiran kaya mereka.
Tetapi turut menjadi satu kegagalan apabila projek ini terhenti pada tahun 2012.
Hanya selepas dimulakan 5 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2007.


6. Burj Al Alam
Lokasi: Dubai

Dimulakan pada tahun 2009.
Dan berakhir pada tahun yang sama, berpunca daripada masalah pekerja asing.
Yang berkait rapat dengan status ekonomi Dubai ketika itu.


7. Palace of Soviets
Lokasi: Moscow

Projek ini diilhamkan sendiri oleh Joseph Stalin.
Mula dibina pada tahun 1937 dan apabila siap ianya akan menjadi bangunan tertinggi dunia ketika itu, mengatasi Eiffel Tower di Perancis.
Menjadi Gajah Putih pada tahun 1941 kerana Perang Dunia Ke-2.



8. Lam Tara Tower 1
Lokasi: Dubai

Bangunan setinggi 454 meter ini mula dibina pada tahun 2008.
Tetapi terpaksa dihentikan dua tahun kemudian (2010).
Kemungkinan besar kerana krisis kewangan.


9. Lighthouse Tower
Lokasi: Dubai

Seperti projek-projek mega yang lain di Dubai, Lighthouse Tower ini turut terabai atas faktor ekonomi.
Terhenti pada tahun yang sama ianya dimulakan, iaitu pada tahun 2009.
Jika berjaya disiapkan, ketinggian bangunan ini adalah 402 meter.


10. Fairwell International Center 
Lokasi: Xiamen

Direka untuk menaikkan nama China dipersada dunia.
Malangnya pembinaannya terbantut pada tahun 1997.
Selain mensasarkan ketinggian 397 meter, tiada info lain yang dapat kami kongsikan.


Banyak cubaan negara besar dunia dalam membina bangunan tertinggi di dunia tetapi menemui pelbagai bentuk kegagalan. Sebagai rakyat Malaysia kita boleh tumpang bangga kerana negara kita yang baru meningkat naik ini sudah mampu mempunyai menara berkembar tertinggi di dunia yang sangat awesome!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir