SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » YTL Didenda RM 2.4 Juta Kerana Gagal Dalam Projek e-Learning 1BestariNet

YTL Didenda RM 2.4 Juta Kerana Gagal Dalam Projek e-Learning 1BestariNet

Putrajaya telah mendenda YTL Communications Sdn Bhd sebanyak RM 2.4 juta kerana gagal menyediakan projek e-learning 1BestariNet kepada 10,000 buah sekolah, kata Kementerian Pendidikan hari ini.



Menurut kenyataan itu, 1,003 buah sekolah tidak dapat dilengkapkan dengan 1BestariNet kerana YTL Communications gagal mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan untuk membina menara telekomunikasi di beberapa buah negeri, khususnya di Sarawak, Penang dan Kelantan.

"Oleh kerana kelewatan tersebut, kerajaan telah mendenda YTL Communications sebanyak RM2.4 juta pada 27 Oktober 2014," kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya juga, kementerian telah menyediakan hubungan internet kepada sekolah-sekolah berkenaan melalui penyedia rangkaian yang lain bagi membolehkan pelajar-pelajar terus menyambung pembelajaran mereka secara online.

Projek 1BestariNet bertujuan untuk melengkapkan 10,000 sekolah di seluruh negara dengan sambungan internet berkelajuan tinggi, 4G, berserta dengan platform VLE untuk E-Learning.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir