SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Pahang Umum Cuti Peristiwa Isnin Kerana Menjuarai Piala Malaysia 2014

Pahang Umum Cuti Peristiwa Isnin Kerana Menjuarai Piala Malaysia 2014

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan skuad bola sepak negeri menjuarai Piala Malaysia 2014.
Piala Malaysia
Beliau berkata, pengumuman itu dibuat dengan mengambil kira bahawa permainan bola
sepak adalah permainan rakyat.

"Menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) sebentar tadi.

Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan semua pegawai dan guru yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini pada 3 November hendaklah meneruskan tugas seperti biasa.
"Semua pelajar yang terbabit juga mesti menduduki Peperiksaan SPM," katanya.

Pahang berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir