Jom lihat fotografi 3D yang menakjubkan di Masjid Al Haram dan Masjid An Nabawi yang membuatkan kita rasa seperti berada disana.
Anda boleh lihat gambar 3D tersebut dengan klik pada mana-mana gambar berkenaan.
#1 Hijr Ismail
Ruangan dalam melengkung itu adalah Hijr Ismail dan apabila anda didalam, anda boleh lihat
keatas untuk melihat pancur emas. Di sini merupakan antara tempat-tempat mustajab doa, InsyaAllah.
keatas untuk melihat pancur emas. Di sini merupakan antara tempat-tempat mustajab doa, InsyaAllah.
#2 Rukun Yamani
Seperti yang kita tahu, setiap sudut Kaabah itu ada namanya. Pertama adalah Rukun Hajar Aswad, kedua adalah Rukun Iraqi, ketiga adalah Rukun Syami, dan keempat adalah Rukun Yamani.
Anda boleh meilhat pemandangan sekitar Kaabah dari sini, antara yang akan anda lihat adalah bangunan menara jam. Disitu terdapat pusat membeli belah, restoran-restoran dan hotel.
Disini adalah pemandangan dari atas bumbung Kaabah. Sekali lagi anda boleh lihat sekitar Kaabah.
Ini adalah bahagian tepi Makam Nabi Muhammad S.A.W. kerana pegawai masjid tidak akan membenarkan kita mengambil gambar di kawasan tersebut, kawasan yang dimaksudkan adalah pada anak panah merah yang kami letak itu.
Disitu ada lubang yang membolehkan kita melihat terus ke Makam Nabi Muhammad S.A.W yang juga bersama sahabat baginda Abu Bakar dan Umar.
Anah panah biru itu adalah pintu keluarnya, manakala bulatan hijau itu adalah tong air Zam Zam yang boleh anda semua minum apabila disana, pilih saja nak sejuk atau tidak.
Terima Kasih kepada Weswes Hassanin, kerana beliaulah kita dapat rasa pengalaman sebegini.