Model Baru Proton Iriz (PCC) : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 25 September 2014 ini Proton akan memperkenalkan satu model baru keluarannya. Ia merupakan sebuah kereta kompak yang juga dikenali sebagai PCC (Proton Compact Car) yang diberi nama Iriz.
IKLAN TV DAN DAFI YANG DIBANNED - KLIK SINI
Sebelum ini PCC atau P2-30A ini lebih dikenali dengan nama GSC (Global Small Car), Iriz merupakan model gantian Savvy yang akan menjadi model terbaru Proton bagi bersaing dalam segmen B bersama dengan Perodua Myvi, Suzuki Swift, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Honda Jazz dan Peugeot 208. Mampukah PCC mengatasi Myvi yang sudah cukup lama bertahta didalam segmen ini? Kita tunggu dan lihat...

Spesifikasi Proton Iriz (PCC)
PCC akan dijana oleh enjin NFE yang merupakan varian terbaru daripada keluarga enjin CAMPRO. 2 versi enjin NFE bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter bakal menjadi nadi utama PCC. Untuk versi produksi enjin NFE bakal dikenali sebagai VVT kerana ia dilengkapi dengan teknologi tersebut, selain ciri lain seperti Smart Alternator dan Maniverter (Manifold & Catalytic Converter). Secara kasarnya boleh la dikatakan enjin NFE ini adalah versi CFE tanpa pengecas turbo.
Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE, sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik. Enjin NFE akan dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan (MT+) dari Getrag dan transmisi CVT2+ dari Punch Motive. Buat pertama kalinya, Proton juga akan memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) pada model PCC ini.
Sistem pengendalian Proton atau lebih dikenali sebagai Proton Ride & Handling, masih menjadi tunjang utama kekuatan dan keistimewaan kenderaan Proton. PCC bakal mempunyai sistem pengendalian yang lebih mantap dengan topang McPherson ditala dengan lebih jitu selain penggunaan Torsion Beam untuk gandar belakang untuk memastikan kereta kompak ini mempunyai ruang yang lebih luas.
PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal dan mewah, diantaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.
Selain ciri-ciri tersebut, Proton masih mengekalkan penggunaan struktur badan RESS (Reinforced Safety Structure) yang menggunakan besi yang dibentuk dengan teknologi Hot Press Forming. Terbukti kekuatan struktur besi yang menggunakan teknologi tersebut dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk model Preve dan Suprima S yang lebih awal menggunakannya.
Untuk menambahkan lagi ciri keselamatan PCC ia dilengkapi dengan tali pinggang keledar 3 titik, ISOFIX dan top theter. Tidak hairan kalau PCC juga bakal mencapai penarafan 5 bintang ASEAN NCAP kerana ujian telah dilakukan baru-baru ini di makmal MIROS menunjukkan keputusan yang positif.
PCC bakal menjadi model kedua dilengkapi dengan lampu LED siang (DRL) selepas Suprima S. Ia juga dilengkapi sistem kunci pintar, sensor undur dengan kamera dan tingkap kuasa anti-perangkap (untuk pemandu sahaja). Selain itu ciri-ciri elektronik pintar seperti peringatan servis, sistem navigasi mutimedia dan ABCM (Advanced Body Control Module) akan digunapakai pada model ini untuk mengurangkan penggunaan wayar dalam kereta yang secara tidak langsung menjadikan PCC lebih ringan. - Sumber dari Funtasticko
Semoga PCC ini dapat merealisasikan harapan Proton. Diharap juga ia bukan sekadar indah pada rupa dan gah diatas kertas tetapi terjamin kualitinya seperti yang dikhabarkan. Proton juga wajar meluaskan pasarannya kerana 'jaguh kampung' bukan lagi selayaknya gelaran buat Proton yang telah pun punya pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri automotif negara.
Peringkat global adalah target dan misi yang perlu Proton laksanakan, namun sebelum itu buktikan dulu produk PCC ini adalah yang terbaik dan berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia untuk layak dipasarkan keperingkat global, barulah sokongan dan kepercayaan pengguna akan meningkat dengan ketaranya.
Proton Iriz atau PCC menjadi penentu arah tuju Proton seterusnya. Dikhabarkan anggaran harganya adalah sekitar RM40,000 sehingga RM60,000. Satu paras harga yang dianggap agak tinggi namun dengan apa yang ditawarkan, ianya masih merupakan yang paling murah dan berbaloi dalam segmen B.
Nantikan kemunculan P2-30A Proton Baru 2014 - Proton Iriz (Proton Compact Car - PCC). Berikut, beberapa lagi gambar teaser terbaru model Proton PCC - Iriz kini didedahkan oleh Proton. Ianya jelas memaparkan rekabentuk luaran dan dalaman Iriz. Bukan itu sahaja, beberapa spesifikasi penting yang menjadi keistimewaan turut disertakan.
Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE, sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik. Enjin NFE akan dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan (MT+) dari Getrag dan transmisi CVT2+ dari Punch Motive. Buat pertama kalinya, Proton juga akan memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) pada model PCC ini.
Sistem pengendalian Proton atau lebih dikenali sebagai Proton Ride & Handling, masih menjadi tunjang utama kekuatan dan keistimewaan kenderaan Proton. PCC bakal mempunyai sistem pengendalian yang lebih mantap dengan topang McPherson ditala dengan lebih jitu selain penggunaan Torsion Beam untuk gandar belakang untuk memastikan kereta kompak ini mempunyai ruang yang lebih luas.
PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal dan mewah, diantaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.
Selain ciri-ciri tersebut, Proton masih mengekalkan penggunaan struktur badan RESS (Reinforced Safety Structure) yang menggunakan besi yang dibentuk dengan teknologi Hot Press Forming. Terbukti kekuatan struktur besi yang menggunakan teknologi tersebut dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk model Preve dan Suprima S yang lebih awal menggunakannya.
Untuk menambahkan lagi ciri keselamatan PCC ia dilengkapi dengan tali pinggang keledar 3 titik, ISOFIX dan top theter. Tidak hairan kalau PCC juga bakal mencapai penarafan 5 bintang ASEAN NCAP kerana ujian telah dilakukan baru-baru ini di makmal MIROS menunjukkan keputusan yang positif.
PCC bakal menjadi model kedua dilengkapi dengan lampu LED siang (DRL) selepas Suprima S. Ia juga dilengkapi sistem kunci pintar, sensor undur dengan kamera dan tingkap kuasa anti-perangkap (untuk pemandu sahaja). Selain itu ciri-ciri elektronik pintar seperti peringatan servis, sistem navigasi mutimedia dan ABCM (Advanced Body Control Module) akan digunapakai pada model ini untuk mengurangkan penggunaan wayar dalam kereta yang secara tidak langsung menjadikan PCC lebih ringan. - Sumber dari Funtasticko
Misi Proton Ke Pasaran Global
Melihat kepada apa yang ditawarkan, jelas sekali model Proton terbaru, PCC ini adalah pilihan terbaik dari sudut pemanduan, teknologi dan keselamatan berbanding pesaing-pesaingnya. Proton juga menaruh harapan tinggi terhadap model ini untuk membawa jenama Proton kepasaran global dengan lebih meluas lagi.Semoga PCC ini dapat merealisasikan harapan Proton. Diharap juga ia bukan sekadar indah pada rupa dan gah diatas kertas tetapi terjamin kualitinya seperti yang dikhabarkan. Proton juga wajar meluaskan pasarannya kerana 'jaguh kampung' bukan lagi selayaknya gelaran buat Proton yang telah pun punya pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri automotif negara.