SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Kes Soalan Bocor UPSR : "Beberapa Nama Telah Dikenalpasti"- TPM

Kes Soalan Bocor UPSR : "Beberapa Nama Telah Dikenalpasti"- TPM

TUMPAT: Isu kertas soalan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor perlu dijadikan iktibar semua pihak bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

UPSR Bocor

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pihak terutama ibu bapa diminta bertenang kerana kerajaan telah mengambil tindakan segera yang sewajarnya dan perkara itu sedang disiasat pihak berkuasa.

Katanya, pihaknya sudah mempunyai petunjuk termasuk mengenal pasti beberapa nama yang dikatakan telah membocorkan kertas soalan ini, dan terserah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Kita sudah ada petunjuk melalui kerjasama dengan CyberSecurity dan kita sudah kenal pasti nama berkenaan yang membocorkan soalan," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Menurutnya beliau sudah berbincang dengan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tentang penubuhan jawatankuasa bebas untuk membuat penilaian terperinci, termasuk cadangan menambah baik gerak kerja Lembaga Peperiksaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir