SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » MH17 : Bekas Pelakon Spanar Jaya Turut Maut Dalam Nahas #MH17

MH17 : Bekas Pelakon Spanar Jaya Turut Maut Dalam Nahas #MH17

INGATKAH lagi anda dengan pasangan anak-beranak, Jaya dan Shuba yang menjadi peserta untuk program realiti Mari Menari musim pertama terbitan Astro kira-kira empat tahun lalu?

Rupa-rupanya, Shuba yang juga seorang pelakon adalah antara 298 mangsa yang terlibat
dalam insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine dua hari lalu.
Pelakon Tempatan, Suami Dan Anak Antara Mangsa Nahas MH17
Lebih menyedihkan, suami dan anaknya yang dikenali sebagai Paul Goes dan Kaela juga turut bersama-sama Shuba dalam pesawat itu.

Mengimbas kariernya, dia pernah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam pementasan Fourplay, Charley’s Auntie and Hungry for Hope.
Shuba bersama suami dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana sebelum berlakunya tragedi itu.
Apapun, takziah kami ucapkan kepada keluarga Jaya dan semoga tabah menghadapi dugaan ini…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir