SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Ibu Kesal Sikap Pengasuh Abai Anak Di Taska Temanku

Ibu Kesal Sikap Pengasuh Abai Anak Di Taska Temanku

KES pengabaian kanak-kanak di pusat asuhan bukanlah perkara baru, malah begitu kerap didengar sehingga ada yang membawa kepada kematian.

Kebanyakan ibu-bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan bukan kerana suka-suka, tetapi kerana tidak mempunyai pilihan lain kerana bekerja.
Terbaru, satu lagi pendedahan telah dibuat oleh seorang ibu mengenai Taska Temanku di
Menara PJD, Kuala Lumpur.
Agak panjang sebenarnya luahan isi hati si ibu yang dikenali sebagai Puan Nurulizzah menerusi akaun Facebooknya, tetapi ia boleh dijadikan panduan dalam memilih pusat asuhan terbaik untuk anak anda nanti:
Perkara yang aku ingin kongsikan berkenaan Taska ni.. Mohon ibu bapa yang hantar ank2 ke taska..selalu la wat spotcheck. X kisah la taska mana pon. Tgk keadaan ank anda. Jangan mudah percaya kepada pihak taska walaupon penuh dinding taska dengan sijil2 dr JKM. Ni yang terjadi pada ank aku. Muhammad Ammar Farish, 3bulan. Bkn niat nk aibkan mana2 pihak tp jd kan sbgai pengajaran. Kat sini aku cite detail skt.
Saya booking Taska ni dr sy hamil 5 bulan g. Dgr2 cite taska ni sgt tip top. Buka facebook taska ni pon sampai leh jatuh hati. X kisah la kena byr rm380/m pon janji jgaannya okey kan. Yang ptg ank kita selamat.
22 mei 2014 – g ke taska tersebut untuk lihat keadaan taska. Masa dtg ni kul 3pm cmtu. Diorg tgh mandikan budak2. Masa melawat bilik baby, terpandang pengasuh A ni tgh bg bb mkn atas riba..then ade 1 baby g tgh menangis dlm keadaan telentang atas tilam x jauh dr pengasuh A. Tetiba pengasuh A ni tarik je tangan bb yg menangis tu ke arah dia. Depan mata aku. Terkejut aku sbb main tarik2 gitu je. Bkn nak bangun n dukung bb tu. Tp aku wat2 x nampak. Dlm hati aku masih think +ve g.
30 mei 2014 – aku n suami g wat bayaran kat taska. Rm160(pendaftaran) + rm380(byrn bln jun). Total rm540.
Ibu Luah Kekesalan Anak Tak Dijaga Dengan Baik Di Taska
2 jun 14 – sepatutnya kami anta ammar ke taska..tp sbb ammar demam n dr kata ammar kena demam campak, aku tangguhkan dl selama 2 mggu. Mertua n adik ipar aku jaga ammar kat umah.
16 jun 14 – 1st day anta ammar ke taska. Bekalkan susu badan tuk ammar. Ptg tu papa dia amik, diorg ckp ammar xnk minum susu. Suh aku tukarkan ke botol MAM. Alasan diorg puting mam lembut. Budak2 kat taska tu semua guna botol MAM. Bkn aku xnk bg..botol mam tu ade je kat umah, tp ammar rejek botol tu. Aku bg puting dr baby..rasanya lagi lembut dr puting MAM kan. Lagi pon aku siap2 letak semua susu dlm 5 storage botol. Diorg cuma perlu tukar puting je. Nk kata amar rejek dr baby, adik ipar aku yg belum kwen n xde sijil jkm tu leh je bg dia susu..habis je pon. Kena la sabar. Lain la kes klu sendal bantal atas dada biar je bb susu sendiri. Yg tu mmg x blh la..sbb ammar suka tolak puting dengan lidah. Balik tu aku tgk 4 botol susu dh kosong. 1 botol g dia letak poket tepi beg..susu yg dh dipanaskan tp x abis
17 jun 14 – hari ke 2 anta ammar, pengasuh dia yg bernama ZAN( klu x silap la, sbb aku tgk nama ni yg tulis dlm buku harian ammar) ckp g pasal ammar xnk susu. Nk jgk suh aku tukar ke botol MAM. Aku tgk buku laporan ammar dia minum 3x je susu. Aku rasa pelik lak..bg 5 botol..mana g susu lagi 1 botol? Aku tye Zan ni..dia cam alih2 cite..then ckp oo kami bg skit2. Aku diamkan dl. Then aku g keje. Kul 3pm aku bw kakak ammar appointment ngn dr pakar kulit kat hosp pusrawi. Mula2 xnk amik ammar..tp aku tergerak hati nk amik awal. Tkt kng jmpa dr lambat plak. So sejam sblm amik aku dh call pihak taska ckp aku nk amik ammar.
Kul 2.30pm aku sampai taska masuk bilik bb, aku cr mana la ammar ni..sekali aku tgk ammar ni tgh tdo sambil di bedung ngn selimut yg aku bekalkan. Ok lagi la klu bedungkan. Tp bedung tu sampai tutup separuh muka ammar. Nampak mata ke rambut je. Aku cpt2 buka kain bedung tu. Nak kata ank aku tarik selimut sampai ke muka, aku tgk tangan dia berbedung kat sisi. Cmne lak dia nk tolak selimut tu kan. Aku tgk kepala dia ade bintik2 merah. Aku tye kat pengasuh kat situ, dia ckp nyamuk gigit. Kat taska banyak nyamuk. Sejuk2 pon nyamuk ade kat sini..kami pon pakai ubat nyamuk letrik je la.
Dh tu masa nk balik, aku terpegang tepi beg. Panas ya amat. Aku amik le benda yg panas tu, Ya Allah susu ank aku. Sepanas2 nya. Panas macam kita bancuh air panas tu. Klu tuang dlm mulut pengasuh tu kompom leh melecur. Yg paling aku sedih tu susu badan. Habis la zat2 susu tu rosak..ibarat anak aku minum air kosong je la. Aku pulun bgun 4.30am setiap hari wat power pumping sbb nk ank aku dpt zat dr susu ibu. Sampai taska sesuka hati je rosakkan susu aku tu n bg ank aku minum. Aku terus jmpa penyelia taska, k.ani. then aku bg dia pegang botol tu. Botol tu pon rasa lembik..sbb terlampau panas.
Aku : kak, mmg cm ni ke taska panaskan susu?
K.ani: eh, panas sgt ni. Salah dh ni. Rosak dh susu ni. Xleh panas cmni. Ni susu diorg panaskan tuk minum pas mandi la ni.
Aku: panas sgt ni kak. Sama je cm sy bg air kosong kat anak sy. ( masa ni aku sebak sgt rasa). T akak tolong ye pesan kat pengasuh bg susu suam2 je.
K.ani: ok2..t akak bgtau diorg.

Aku pon g kat kete n gerak ke hosp pusrawi. Sampai kat parking pusrawi..aku amik susu td bg suami aku pegang..masih panas lagi. Bkn suam ye..tp PANAS. aku mula terpikir..klu la ank aku nk susu tetiba..cmne diaorg nk bg susu yg tgh panas sgt tu kat ammar. Ptut la duk ckp ammar xnk susu. Dh bg susu panas..sapa nk minumkan?
18 jun 14 – aku anta ammar cam biasa. Tgk buku harian ammar..susu ari isnin tu dia tulis ammar minum 3 sesi. Tp hari ni aku tgk dia tambah kat bwh tu jd 4 sesi sbb aku pertikaikan mana g susu lagi 1 botol tu. Pandaikan diorg. Main ubah2 rekod. Aku pakaikan siap2 sweater. Taska tu sejuk. So dh pakai sweater..xperlula selimutkan dia lagi. Tkt jd cm smlm. Selimut tutup sampai hidung. Aku sampai2..tgk muka si ZAN ni bkn main ketat. Pastu aku ckp kat dia, kak xyh selimut la..smlm dh sampai tutup idung. Zan ni diam je terus amik selimut ammar, lipat n terus blah dr bilik bb. Mmg kurang adab betul. Aku ckp lembut je. Dia leh wat parent cmtu. Aku syak mesti sbb penyelia diorg tegur pasal susu smlm tu. Tp klu ikut adab..dia minta maaf la kan kat parent. Ni x..dia.lak wat muka ngan kita. Aku saba g sbb pk amar duk situ..tkt diorg buat pape kat dia. Balik tu suami amik ammar, zan ni buat gak muka ketat kat suami aku.
19 jun 14 – aku anta ammar, nampak si zan ni suh kawan dia layan aku. aku letak je, ammar terus menangis. Lain mcm plak aku rasa.Cm biasa skt2 bab amar xnk botol tu..siap ckp kat aku klu mck dia jg ok..xde mslah la dia nk minum susu kat sini. Aih..cam aku menipu dia plak. Mmg la ammar x bpe nk minum susu dlm botol…tp klu ko bersabar skt..dia minum la. Aku dh xde mood dh.so aku ckp try la dlu.. Ptg suami aku amik, diorg bising lak kat dia pasal botol susu g. Siap cakap kat taska ni ade time2 minum susu. Bkn setiap masa. Agak2 la kan bb kot bkn toddler. Bb ni susu on demand. Klu time susu tu bb kenyang g..xkn nk paksa gak dia minum. Klu lom sampai masa nyusu n bb dh lapar..kena tggu la ye time nyusu. Bodohnya peraturan. Dh tu ckp ammar tdo kejap2. Pastu nangis. Ammar ni kuat berak..aku dh maklumkan. Setiap hari aku bekalkan 8 keping pampers.tp aku tgk yg luak 3 keping. Nampak sgt dibiar je pampers penuh br tukar..aku kenal ank aku. Sehari berak dekat 10x. Cmne nk tdo nyenyak klu dh bontot bertahi. Aku decide xnk anta dh..sakit ati sgt2. Then otw blik amar berak g. Suami aku tukar pampers dia. Buka2 pampers tgk ade mitten amar dlm tu. Mmg biadap sgt2. Logik ke benda besar tu xperasan ade dlm pampers. Bg aku ni khianat. Sj nk cabar aku. Mlm tu ammar demam. Sejak dr duk taska tgh2 tdo ammar mengigau nanges2..tdo pon terkejut2. aku syak mesti diorg de wat pape kat dia.
20 jun 14 – aku call owner taska en hussin, bgtau semuanya. Tp owner dia ckp kat aku cmne leh jd cmtu? Diorg dh lama keje ngn sy. Dr bilik bb xpnh ade parent yg repot..gaya dia cm aku reka2 cita la..pekerja cam hampeh..lagi ko nk ckp diorg okey. Puihh. Dh tu aku tye pasal byrn. Dia minta aku wat surat n ckp kata aku akan siasat perkara ni n akan amik tindakan. Siap.ckp. taska ni rekod beesih kat JKM
20 jun 14 – aku anta surat keluarkan ammar dr taska. Aku bw ammar ke opis.
25 jun 14 – aku call JKM KL n cite pasal taska ni. Xingat aku ckp ngn sapa. Tp perempuan. Dia tye aku pe nama taska ni. Aku ckp xpe la..xperlu sy bgtau. Xlama pastu dia ckp ni taska tempat keje kan. Under JKR ye?taska kat menara PJD kan. Aku tye cmne puan leh teka taska ni. Dia ckp dh ade beberapa org parent yg ngadu x puas ati ngn taska ni. Haaa.amik kau..rekod bersih konon. Pirahh. Dh tu ade jgk beberapa bekas parent bgtau taska ni mmg ade xpuas ati. Ank diorg x mandi la. Kebersihan x dijaga la. Baru la aku tau.
14 jul 14 – baru aku dpt blik duit ank aku. Tu pon setelah menunggu bpe lama. Janji nk setel mggu lepas. Tp haram. Aku msg tye..xlama pastu dpt msg dr mybnk bgtau de transaction dr taska temanku ni rm224. Pye byk dia amik dr rm540. Ank aku just duk 4 hari je. Dh tu owner langsung x bls msg aku minta maaf lewat byr ke apa. No wonder la kan pekerja xde adab. Bos pon cmtu. Xpe la. Dia nk kaya cara cmtu. Mmg aku sumpah aku xhalalkan dunia akhirat. Apa yg pekerja2 dia wat kat ank aku..khianat diaorg pada ank aku..mmg aku x halalkan sampai mati. Korang merangkak la cr ank aku kat akhirat t..minta maaf ngn dia. Setiap titis susu aku yg korang rosakkan..aku x halalkan dunia akhirat..hak ank aku korng rosakkan.
Ibu Luah Kekesalan Anak Tak Dijaga Dengan Baik Di Taska
Alhamdulillah ammar dpt pengasuh yg baik. Walau mck tu xde sijil dr JKM..dia boleh jg ammar ngn baik. Ammar minum susu pon abis..xde masalh langsung siap mck tu suh tambah bekal susu sbb dia dh kuat nyusu. Berbeza kan org yg jaga budak penuh kasih syg disamping cr rezeki ngn org yg keje jg budak semata2 kerana duit.
Walaupon org rasa ni perkara kecil..bg aku x..aku kecewa sgt2 bila ank aku di wat cmtu. Harap2 ibu bapa lain g la tgk2 ank korg. Kesian mak2 perah susu tuk ank tp ank minum susu yg dh rosak khasiatnya. Jgn percaya 100% pada pihak taska. Tp Taskadarulhannan Masjid Wilayah mmg terbaik.
Aku bersumpah demi Allah apa yg aku coretkan ni adelah perkara yg benar. Bkn rekaan aku tuk jatuhkan mana2 pihak.
Dalam kes ini, si ibu sebenarnya telah melihat perlakuan pengasuh yang menarik tangan salah seorang bayi yang menangis sewaktu mula-mula datang ke situ.
Namun, dia masih cuba bersangka baik dengan apa yang dilihatnya.
Kesimpulannya, jangan ambil ringan dengan apa jua situasi yang berlaku kerana tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada anak anda nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir