SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Pramugari Dedah Sebab Kenapa Flight Selalu Delay di KLIA

Pramugari Dedah Sebab Kenapa Flight Selalu Delay di KLIA

Tak keterlaluan kalau dikatakan, sejak terjadinya insiden kehilangan MH370 orang ramai kian berminat untuk mengetahui info tentang dunia penerbangan.

Mereka yang bekerja dalam sektor ini turut mendapat perhatian hinggakan mana-mana
status yang dikongsikan mereka walaupun di laman sosial peribadi disebarkan jika ia dirasakan menarik.

Terbaru, status seorang pramugari mendapat perkongsian ramai di media siber.
Dalam status Facebook tersebut, Malissa Mansor mendedahkan sebab mengapa pesawat tidak kira sama ada Air Asia mahu pun MAS selalu delay atau mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Malissa, ia adalah kerana landasan di KLIA hanya ada dua; satu digunakan untuk pesawat berlepas dan satu lagi untuk mendarat.
Hal ini membuatkan semua pesawat tidak kira Air Asia, MAS mahu pun pesawat dari luar negara terpaksa menunggu giliran kerana setiap satunya memerlukan masa antara lima hingga tujuh minit untuk berlepas atau mendarat.
Benarkah begitu? Apa yang pasti, Malissa bercakap mungkin berdasarkan pengamatannya sebagai anak kapal. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir