SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Tiket Percuma Malindo Air

Tiket Percuma Malindo Air

MALINDO Air melancarkan penerbangan harian ke Bangkok, Thailand hari ini dan menawarkan promosi tempat duduk percuma.

Tawaran ini tidak termasuk cukai lapangan terbang dan sah bagi tiket sehala
sahaja.
Syarikat penerbangan itu berkata penerbangan KLIA-Don Mueang akan berlepas pada pukul 12.40 tengah hari manakala dari Don Mueang pada 2.30 petang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata penerbangan itu merupakan sebahagian daripada rancangan untuk mengukuhkan kedudukannya di rantau Asia Tenggara.
“Laluan baharu ini menunjukkan komitmen tinggi kami bagi menghubungkan rakyat Malaysia ke destinasi paling popular di rantau ini, dan amat berharap ia dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Promosi tempat duduk percuma itu berlangsung sehingga 27 April, 2014 dan bagi tempoh perjalanan sehingga 25 Mei, 2014. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir