SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Chef Wan Dimasukkan Ke Hospital Kerana Jangkitan Kuman di Hidung

Chef Wan Dimasukkan Ke Hospital Kerana Jangkitan Kuman di Hidung

Gara-gara tidak boleh tidur selama tiga hari kerana kegatalan dan bengkak di bahagian hidung dan wajah,chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terpaksa dimasukan hospital bagi menjalani rawatan lanjut.




Beliau kini sedang dirawat di Hospital Gleneagle Pulau Pinang sejak pagi tadi, di mana pihak
doktor telah membuang kuman jangkitan dibahagian hidungnya sebelum merebak di bahagian mata dan juga otak yang boleh menyebabkan masalah kritikal.

“Saya telah ke hospital pagi ini kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat mungkin.

“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada laporan X-ray pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata.

“Kerana jangkitan itu telah naik ke mata, doktor takut kalau ianya berjangkit ke otak,” katanya menerusi kiriman mesej whatsapp miliknya pagi ini.

Tambah Chef Wan, sekiranya jangkitan itu tidak menerima rawatan lanjut, besar kemungkinan dia akan mengalami demam dan bakteria akan berpindah ke bahagian otak dan boleh membawa maut.

Jelasnya lagi, menurut pihak doktor bakteria boleh merebak dengan cepat dan dia bernasib baik kerana dapat menjalani rawatan secepat yang mungkin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir