SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Gambar | Pelancaran Lamborghini Veneno Roadster Di Atas Kapal

Gambar | Pelancaran Lamborghini Veneno Roadster Di Atas Kapal

DUBAI – Pelancaran kereta sport Lamborghini Veneno Roadster baharu yang berharga AS$4.5 juta (RM14.55 juta) dibuat di atas sebuah kapal pengangkut pesawat milik tentera Itali di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Disember lalu.

Kereta itu dilengkapi enjin V-12 yang mempunyai 750 kuasa kuda dan boleh dipandu melebihi 340 kilometer sejam kerana rangka badannya diperbuat daripada gentian karbon yang ringan.

“Kami berasa berbesar hati kerana Lamborghini dipilih untuk mewakili industri kereta Itali di UAE dan kami mempunyai peluang untuk menunjukkan Veneno Roadster buat kali pertama di Abu Dhabi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephen Winkelmann.


Menurutnya, Lamborghini mempunyai ramai peminat di rantau ini.
Winkelmann berkata, rantau Asia Barat merupakan antara pasaran terbesar kereta itu. – Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir