SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » 12 Perkara Tentang AIM 2013 Yang Anda Tidak Tahu

12 Perkara Tentang AIM 2013 Yang Anda Tidak Tahu

12 perkara mengenai AIM 20. Jom kita semak bersama-sama!

1. Walaupun hujan, ia tidak menghalang artis-artis yang hadir untuk melangkah hebat
dengan persalinan tema ‘Black Tie & Elegant’ sewaktu melalui Karpet Glamor AIM 20.
2. Dua orang pengacara yang dicungkil bakat menerusi program realiti ‘On Air’, Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan diberi mandat untuk menerajui acara Karpet Glamor AIM 20. Sebagai bakat baru, penyampaian mereka boleh dibanggakan namun begitu, mereka adakalanya kelihatan terjerit-jerit. Mungkin Hefny dan Dahlia agak gementar mengendalikan Karpet Glamor.
3. Gandingan Nabil Ahmad dan Dato’ Aznil Haji Nawawi sebagai pengacara malam kemuncak AIM 20 memang tidak boleh disangkal lagi tahap kredibiliti mereka. Penyampaian yang bersahaja membuatkan penonton sentiasa ketawa. Namun begitu, ada ketika penonton rasa keliru sama ada berada di malam AIM 20 ataupun di pentas Maharaja Lawak Mega kerana terkadang ada lawak yang kurang mengena.
 4. Kebanyakan penerima aungerah tidak dapat hadir seperti Yuna, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Once dan Edrie Hashim.
5. Peminat Shila Amzah yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Shilalas’ tidak henti bersorak ketika Shila menerima Anugerah Kembara.
 6. Setelah sekian lama tidak muncul bersama dalam acara siaran langsung, Awie tampil menyampaikan anugerah bersama Erra Fazira. Tahap profesionalisma mereka harus dipuji!
 7. Gelek 45 darjah Mas Idayu sewaktu menyampaikan lagu “Cintaku 100%” bersama DJ Fuzz, Waris dan Juzzthin membuatkan stadium gamat dengan jeritan penonton.
8. Sejarah AIM yang dipaparkan sepanjang acara memberikan informasi berguna kepada penonton di stadium dan rumah dalam mengimbas kembali sejarah penganjuran AIM yang telah memasuki edisi ke 20.
9. Jantung penonton di stadium hampir gugur kerana terkejut apabila dua letupan dilepaskan ketika anugerah Lagu Terbaik dan Album Terbaik disampaikan.
10. Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan lagu “Lebih Indah” cukup ringkas. Kepingan-kepingan cermin memberikan kesan yang sungguh menarik!
11. Jika selalunya persembahan penutup anugerah-anugerah di Malaysia diakhiri dengan persembahan muzik rock, AIM 20 tampil berbeza dengan mengimbau kembali kenangan lama dengan mempersembahkan Dato’ Khadijah Ibrahim, Jay Jay, Dayangku Intan dan Zainal Abidin.
12. Penataan pentas, cahaya dan skrin LED yang dipaparkan sewaktu malam kemuncak AIM 20 amat menarik dan bersesuaian dengan ‘mood’ anugerah ini sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir