SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Penjelasan Rowan Atkinson Isu Mr. Bean Peluk Islam

Penjelasan Rowan Atkinson Isu Mr. Bean Peluk Islam

BENARKAH Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson sudah memeluk Islam?

Khabar yang tidak dapat disahkan kebenarannya ini sudah mula tersebar di beberapa laman blog tertentu termasuk laman YouTube.
Melalui laman web Islampos, berita tersebut dikatakan mula disebarkan
oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, “Innocence of Muslim”.
Ketika ditanya media mengenai perkara itu, beliau dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.
Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.
Kisah ini turut mendapat perhatian sebuah laman web Israel iaitu Israellycool yang menyiarkan beberapa artikel mengenainya.
Namun, seperti yang kita ketahui, mana mungkin mereka akan bersikap positif terhadap perkhabaran ini.
Ia dibuktikan dengan artikel yang bertajuk “No, We Do Not Believe Rowan Atkinson Converted To Islam (Tidak, Kami Tidak Percaya Rowan Atkinson Memeluk Islam)”.

Setakat ini belum ada berita rasmi dari sebarang akhbar atau laman web arus perdana mengenai ‘pengislaman’ Mr. Bean.
Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari pelakon dan pelawak hebat ini nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir