SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Adam AF Nikahi Fiza Elite Khamis Ini

Adam AF Nikahi Fiza Elite Khamis Ini

Berita menarik yang disiarkan melalui ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini ialah penyanyi Adam AF, 29, bakal bernikah dengan Fiza Elite, 33, Khamis ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman dikenali kerana mendapat tempat ketiga pada pertandingan Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, manakala Fiza atau nama penuhnya Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, pernah berkahwin pada tahun 2006, namun bercerai pada tahun 2010.

Fiza ialah bekas anggota girlband yang sudah berpecah, Elite.

Kedua-dua mereka ketika dihubungi memberitahu, jodoh antara mereka ialah ketentuan tuhan.
Menurut Adam kepada BH:-
Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah.
Untuk makluman ini, pasangan ini berkenalan pada Ramadan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian.
Doakan semuanya berjalan lancar untuk pasangan ini dan semoga kekal ke akhir hayat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir