SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Tips Solat Terawih | Cara Solat Terawih

Tips Solat Terawih | Cara Solat Terawih

Tips bertarawih :


1) Jangan cari masjid 'champion' : 
Ada org mencari masjid mana 'champion' paling awal habis tarawih. Maka bacaan imam mula menjadi ekspress. Bacalah al-Quran dgn tertib. Samada secara tadwir atau hadar dgn menjaga sifat huruf.

2) Istilah 'tarawih' bermaksud rehat. Istilah yg biasa diguna pakai selain 'tarawih' ialah solat al- lail dan qiyam ramadhan. Kerehatan yg dimaksudkan ialah berdasarkan hadith Aisyah yg suka dgn cara solatnya Nabi SAW. Baginda akan berehat sebentar selepas 4 rakaat solat. Dan sambung solat semula. Kalau dah nama pun 'rehat', maka janganlah kita solat kelam kabut sambil drift.

3) Khatam al-Quran 30 juzuk:

Satu juz ada 10 helai. Kalau setiap slps waktu solat kita baca 2 helai, cukup sehari kita habis 1juz al-Quran. Istiqamah 30hari insyaAllah khatam al-Quran.

4) Target hafaz satu surah sepanjang Ramadhan :

Antara Surah cadangan ialah Surah as-Sajadah. Krn surah Sajadah ada 30 ayat. Kalau kita istiqamah hafaz 1 hari 1 ayat, kita mampu tamat hafazan dlm sebulan Ramadhan.

5) Bersifat Mesra dgn Kanak-Kanak.

Mmg thabit Umar RA mendisiplinkan kanak2. Tp 'mendisiplinkan' tak sama dgn menyergah, memaki, mengherdik kanak2. Dah nama pun kanak2. Bising tu biasalah. Ibu ayah perlu memerhatikan anak2. Tp pihak jemaah solat yg lain perlu lbih mesra dgn kanak2. Jadikan masjid tempat yg kanak2 seronok datang. Bukannya masjid spt 'Rumah Seram' kpd kanak2. Apa kata kita buat mjlis pghargaan kpd kanak2 yg paling diam ke.. Ok jugak..


Selamat Menjalanji Ibadah Puasa Dan Solat Terawih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir