SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Jaafar Onn Sahkan Bakal Berkahwin Dengan Ibu Tunggal

Jaafar Onn Sahkan Bakal Berkahwin Dengan Ibu Tunggal


Hasrat Jaafar Onn untuk bernikah dengan mencari bakal isteri menerusi medium Facebook menjadi kenyataan apabila pelakon itu bertemu dengan seorang ibu tunggal yang sudah lama terpisah.
Jaafar, 62, berkata, sebelum ini dia ada membuat gimik di laman tersebut untuk mencari jodoh dan tidak menyangka bertemu kembali dengan wanita yang juga usahawan berusia 37 tahun menerusi laman sosial berkenaan
"Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini.

"Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran drama komedi Kelas Sebelah di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis.
Dalam pada itu, menjelaskan gimik yang dilakukan menerusi Facebook itu, Jaafar berkata, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir