SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Kematian William Disebabkan Penderaan ???

Kematian William Disebabkan Penderaan ???

BACA : Polis Sahkan Mayat William Yang Ditemui !!
William dipercayai hilang dan tidak dapat dikesan selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik. Itulah versi yang kita semua faham setakat ini.
Kematian William
Walaupun mayat William sudah ditemui….namun ia bukan penghujung kepada kisah malang kanak-kanak itu.
Sebaliknya, penemuan mayat William membawa semakin banyak tanda tanya dan misteri kepada pihak polis dan masyarakat.
Malah, kes kematian anak kedua pasangan berbangsa Cina itu sepertinya membuka ‘episod’ baru dari sehari ke sehari.
Menurut laporan akhbar Kosmo hari ini, polis ada menerima laporan kemungkinan terdapatnya unsur penderaan terhadap mangsa.
Ini kerana, terdapat beberapa kesan lebam ditemui di anggota badan William.
Justeru, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ibu bapa William akan dipanggil semula untuk memberi keterangan terhadap laporan dera yang diterima.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir