SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Hiburan : Gambar | Farid Kamil Bakal Dipenjara 2 Tahun ?

Hiburan : Gambar | Farid Kamil Bakal Dipenjara 2 Tahun ?

Terkejut kami membaca laporan Diva Kosmo bahawa Farid Kamil akan berdepan penjara 2 tahun. Farid Kamil dikatakan bakal berdepan dengan hukuman itu kerana kesalahan memakai pakaian tentera. Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan tersebut.


Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.

Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.

Walaubagaimanapun, kita tunggu penjelasan sendiri daripada Farid Kamil. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau memakai pakaian tersebut di majlis persandingannya itu


via kosmo 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir