SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Hiburan : Gambar - Rozita Che Wan Bertunang Dengan Shah Iskandar ?

Hiburan : Gambar - Rozita Che Wan Bertunang Dengan Shah Iskandar ?


Pelakon Shah Iskandar mengakui berasa selesa berdampingan dengan aktres Rozita Che Wan kerana sikap wanita itu yang ceria dan berfikiran positif.
shah iskandar bertunang dengan rozita

“Cik Ta hanyalah kawan baik saya. Dia kelakar dan cepat mesra. Tak lebih dari seorang kawan je”
Menurut Shah, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya.
“Saya senang dengan sikap Rozita yang kelakar dan peramah. Dia menceriakan suasana ketika di lokasi penggambaran dengan kelucuan dan kemesraannya.
“Kebetulan pula, kami terlibat dalam tiga projek bersama, secara tidak langsung hubungan bertambah rapat.”
Terdahulu sebelum ini, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin.
via budiey.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir