SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hiburan : Gambar | Shikin Kamal, Heroin Legenda Budak Setan Pelakon Bermasalah?

Hiburan : Gambar | Shikin Kamal, Heroin Legenda Budak Setan Pelakon Bermasalah?


Tergamam seketika pelakon Shiqin Kamal apabil a dituduh pelakon bermasalah dan sukar dihubungi. Lebih lagi, wajah jelitanya sekejap timbul, sekejap tenggelam. 
pix_gal0

Tapi, pelakon kacukan Melayu-Pakistan Siam-Cina punya alasan tersendiri. Bukanlah dirinya tidak berdisiplin atau besar kepala, tapi pelakon

yang diperkenalkan menerusi filem Lagenda Budak Setan itu terikat dengan komitmennya sebagai pelajar. Beliau adalah penuntut tahun akhir jurusan Sains Aktuari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. 

“Saya minta maaf sekiranya pernah melakukan kesilapan. Bukannya saya bermasalah atau sukar dihubungi, tapi saya masih belajar. Kadang kala saya sukar memenuhi kehendak wartawan yang mahu mengadakan sesi fotografi kerana komitmen saya sebagai pelajar. 

“Saya sedar ada ketikanya saya sukar memberikan komitmen pada promosi filem yang dilakonkan. Saya percaya mungkin di situlah timbul isu saya seorang yang bermasalah dan tiada disiplin. 

“Saya akui tidak mampu melakukan dua kerja dalam satu masa. Disebabkan terikat dengan pengajian jugalah menyebabkan saya banyak menolak watak-watak bagus. 
“Memang terbit perasaan menyesal, tapi apakan daya. Saya harus menghabiskan pengajian terlebih dulu. Itu janji saya pada keluarga sekiranya mahu terus berlakon. 

Saya hanya menerima tawaran berlakon jika cuti semester. 

“Saya percaya pada rezeki. Insya-Allah, saya akan berlakon secara serius selepas tamat pengajian tidak lama lagi. Sudah empat tahun saya bergelar anak seni walaupun hanya dapat berlakon beberapa filem. 

“Saya tahu pasti ada kekurangan jika saya tamak. Saya tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

“Pengajian adalah keutamaan saya buat masa ini. 

Saya tidak sanggup korbankan pelajaran kerana terkejar-kejar dunia glamor. 

Biarlah saya tidak popular dan kurang dikenali, tapi tanggungjawab saya terhadap pelajaran sudah dilunaskan,” katanya.
via Bharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir