SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Diana Danielle Kena Migrain Semasa Buat Persiapan Kahwin

Hiburan : Gambar | Diana Danielle Kena Migrain Semasa Buat Persiapan Kahwin


 Aktres jelita Diana Danielle berkata dia berasa panik dan tidak keruan menjelang hari pernikahannya dengan aktor dan pengarah Farid Kamil pada 3 November depan.


Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, pelbagai persiapan rapi untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini, membuatkan dia tidak menang tangan hingga menjejaskan keadaan kesihatan.
"Saya masih kelam-kabut dalam membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan untuk majlis itu saya dan keluarga lakukan sendiri.
"Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut dan beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dengan baik.
"Cuma, kini kami sedang sibuk dengan urusan mengedarkan kad jemputan pula," katanya ketika ditemui mStar Online, petang Ahad.
via Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir