SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar | Maria Tunku Sabri Kini Tidak Boleh Mengandung Kerana Alami Ketumbuhan

Hiburan : Gambar | Maria Tunku Sabri Kini Tidak Boleh Mengandung Kerana Alami Ketumbuhan


Menurut Maria, Lebaran kali ini beliau belum sempat untuk pulang beraya di kampung halaman, kerana suaminya sibuk bekerja. Selain itu, Maria turut melahirkan rasa sedihnya kerana ini merupakan tahun ke dua beliau menyambut Lebaran tanpa ibu tersayang.

“Selalunya raya kedua saya akan pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah, tapi tahun ini saya belum balik sana lagi sebab suami saya sibuk bekerja. Macam tahun lepas, raya pertama saya sudah berada di kampung, sebab masa tu keluarga ada buat tahlil untuk arwah ibu.”
Untuk makluman, ibu Maria Tunku Sabri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan 2010 yang lalu, di mana pada ketika itu beliau sedang sibuk menjalani pengambaran program Singgah Sahur di TV3. Ibu Maria telah disemadikan di Makam Diraja Langgar, Kedah.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, beliau merupakan seorang yang gemar memasak. Sekiranya tiada pengambaran, beliau akan masak pelbagai juadah untuk keluarganya.
Apabila ditanya, adakah beliau ada perancangan untuk menambah cahaya mata? Dengan rendah diri Maria memaklumkan bahawa beliau sudah tidak boleh mengandung. Katanya lagi, sebelum ini beliau pernah mengalami ketumbuhan yang dipanggil cyst sebesar bola. Akibat ketumbuhan tersebut, rahimnya telah membengkak dan beliau terpaksa membuang rahim tersebut.
Namun begitu, Maria bersyukur kerana telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Amreel Nuqman, 14 dan Aleeya Nazneen, 5 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir