SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Zed Zaidi Tak Salahkan Mamat Kerana Sebarkan Berita Palsu

Hiburan : Gambar | Zed Zaidi Tak Salahkan Mamat Kerana Sebarkan Berita Palsu


Memahami situasi yang dialami pelawak, Mamat Sepah, pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi akui tidak menyalahkan tindakan ahli kumpulan Sepah itu yang telah memuat naik status serta fotonyayang mengatakan dia terlibat dalam kemalangan di dalam akuan Twitter peribadinya.



Malah Zed Zaidi menganggap niat Mamat Sepah itu adalah baik kerana dia telah menunjukkan keperihatinannya terhadap artis lain.


"Dalam hal ini, kita tak boleh nak salahkan sesiapa termasuk Mamat kerana saya faham, dia buat begitu kerana dia sebenarnya prihatin terhadap rakan artis seperti saya.


"Silapnya dia cepat percaya kepada desas-desus yang tersebar dan menyebarkannya sendiri tanpa bertanyakan hal sebenar kepada saya


"Lagipun dia ada menghubungi saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Tetapi bagi saya tiada apa yang perlu dia minta maaf kerana ianya hanya kesilapan yang tidak disengajakan," katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir