Beberapa minggu lalu, kecoh dunia hiburan Malaysia dengan penemuan kekasih baru Shahz Jaszle, Redzwani Puteri yang tiba tiba muncul dalam radar industri hiburan.
Dan, lebih menarik pasangan ini terus di’khabarkan akan bertunang pada 15 Julai 2012 iaitu semalam dan ia’nya tidak berlaku seperti yang di’gossipkan peminat.
Shahz Jaszle khabarnya semalam menghantar satu rombongan merisik ke kediaman keluarga Redzwani Puteri dan majlis di’khabarkan berlangsung dengan baik.
Redzwani Puteri menulis melalui Twitter beliau selesai majlis “Syukur alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Thank you family and friends for the well wishes. May Allah bless you always :)”
Tahniah buat Redzwani Puteri & Shahz Jaszle atas langkah pertama ke arah perkahwinan ini. Jangan di’lambat lambatkan proses untuk ke gerbang perkahwinan, sesuai sangat anda berdua sekarang ini.